WASHINGTON 6 Jan. – Setiausaha media White House, Robert Gibbs semalam mengumumkan akan meletak jawatan.
Gibbs merupakan jurucakap dan penasihat utama kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.
Beliau bagaimanapun memberitahu akan terus bekerja dengan Obama untuk kempen Presiden 2012 dan memberi nasihat dari luar White House.
Peletakan jawatan Gibbs itu berlaku ketika Obama membuat rombakan untuk memperkasakan pentadbirannya ekoran kempen pemilihannya semula yang semakin goyah. – AFP
No comments:
Post a Comment