Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, January 17, 2011

Bas kemalangan di Tapah, 6 pelajar perempuan UiTM cedera

TAPAH: Enam daripada 35 pelajar perempuan Universiti Institusi Teknologi Mara (UiTM) Arau mengalami cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya Km334.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Amad berkata pemandu bas itu
bersama pembantunya turut mengalami cedera ringan dalam kejadian pada kira-kira

pukul 4.15 pagi itu.

Beliau berkata semua mangsa yang cedera berusia dalam lingkungan 20-an



diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tapah dan mereka dibenarkan
keluar tengah hari tadi.



"Ketika kejadian, semua pelajar itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala
Lumpur menghala ke Arau, Perlis, selepas menghadiri program usahawan pintar di
Dewan MCA, Jalan Ampang, anjuran koperasi Shamelin semalam," katanya di sini
hari ini.

Roslan berkata bas itu dikatakan gagal dikawal semasa tiba di tempat
kejadian lalu terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang di tepi lebuhraya
berkenaan, dan semua pelajar itu menaiki bas gantian untuk pulang ke UiTM tengah
hari tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails