Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, January 17, 2011

Red Devils rampas kembali takhta

LONDON, Jan 17, 2011 - Manchester United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana England walaupun Rafael da Silva dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Tottenham yang tamat awal pagi tadi dengan keputusan seri 0-0.

Skuad bimbingan Alex Ferguson terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada 16 minit sebelum masa tamat apabila Rafael dikeluarkan daripada padang.

Kedudukan semasa kini, United berada di puncak liga walaupun hanya mampu mengutip satu mata pada perlawanan tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails