Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, January 24, 2011

Khalid gagap kata BN derhaka sultan

SHAH ALAM, 24 Jan. - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Barisan Nasional (BN) sebenarnya penderhaka kepada institusi raja-raja.

Sambil merujuk kepada krisis Perlembagaan 1993, Abdul Khalid mendakwa kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu telah melakukan pindaan yang telah menghakis kuasa-kuasa institusi raja-raja.

"Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan baginda Sultan (Selangor) yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

"Derhakakah mereka (Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari BN) jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?” katanya di dalam ucapan pembentangan cadangan pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri di sini.

Pindaan itu bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang kini di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails