politic latest epl latest kereta latest Aduan anda kepada email cikguleepk@yahoo.com Blog ini tidak akan melayan komen2 sampah daripada penyokong Pas, Pkr dan Dap
Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya
Wednesday, January 12, 2011
Bonus tabung haji dijangka lebih tinggi
PUTRAJAYA 11 Jan. - Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.
Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.
"Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti," katanya.
Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.
"Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment