Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, January 15, 2011

Skandal seks PM disiasat

MILAN 15 Jan. – Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berhadapan dengan siasatan pelacuran di Milan berhubung penari kelab malam remaja yang menghadiri parti di kediaman persendirian beliau.

Menurut Majistret semalam, mereka menyiasat tuduhan bahawa Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mengadakan hubungan seks dengan Karima El Mahroug, 17, yang lebih dikenali sebagai Rubi Rubacuori.

Mendapatkan perkhidmatan seks dengan pelacur di bawah usia 18 tahun adalah satu kesalahan di Itali.

Pendakwaraya itu turut memberitahu mereka juga menyiasat sama ada Berlusconi mencampuri urusan polis ketika mengarahkan Ruby dilepaskan selepas ditahan kerana mencuri. – Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails