Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, January 9, 2011

Isteri muda tikam madu ditahan

JITRA - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang wanita ditahan reman selama empat hari berhubung kes seorang suri rumah cedera parah ditetak dengan parang di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini Jumaat lepas.

Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin memerintahkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan reman mulai hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt. Sawaludin Hamenudin berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Siti Aminah Hanafi, 54, cedera di kepala, muka serta tangan selepas ditetak, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu antara suspek dan mangsa yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails