Tanggal 3 januari 2010 aku mengeluarkan wang bonus ASB aku berjumlah hampir 14000 untuk membeli emas. Tambah pelaburan lagi beb. Labur emas bab lain, sebaik sahaja keluar dari maybank pada hari tersebut aku terus disapa oleh pekerja maybank yang mempelawa aku untuk menambah jumlah pinjaman ASB. Aku memang pantang kalau disuruh melabur terus aku tambah lagi loan sebanyak RM50k menjadikan jumlah keseluruhan loan asb aku sebanyak RM200k
Maka aku menganggarkan Bonus ASB 2011 juga akan meningkat kerana jumlah pelaburan yang meningkat.
Berikut ialah prestasi ASB 6 tahun kebelakang
2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: Bonus: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
2010: Dividen 7.5% Bonus: 1.25%
Jangkaan bonus ASB 2011
Dividen: 7.8% Bonus: 1.25%
Mari kita nntikan dihujung bulan 12 nnti Dividen yang bakal diumumkan oleh ASB
Maka pengiraan bonus ASB aku kali ini
bagi tunai ASB RM25000, dividen: 7.8% X 25000 = RM1950
pinjaman ASB RM200000, dividen 7.8% X 200000 = RM15600
Maka dividen ASB aku mungkin berjumlah RM15600 + RM1950 = RM 17550
Wow meningkat 25% daripada tahun lepas sebanyak 14000
wow bolehlah beli emas lagi
Bonus ASB tidak dikira kerana agak rumit biarlah PNB yang tolong kira hehehe
Hujung tahun ni tak boleh tambah lagi loan ASB kerana sudah limit. Marilah ramai-ramai melabor dalam ASB. Labur jangan tak labur.
No comments:
Post a Comment