MANCHESTER - Manchester City cemas seketika sebelum menang 4-3 ke atas Wolves dalam aksi Liga Perdana England (EPL) bangkit terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Manchester United.
Nenad Milijas terlebih dahulu meletakkan Wolves di hadapan pada minit ke-11 sebelum City bangkit menerusi empat gol berturut-turut melalui dua jaringan Carlos Tevez (minit ke-49 dan 66) dan masing-masing satu gol daripada Kolo Toure (minit ke-39) dan Yaya Toure (minit ke-54).
Wolves cuba bangkit dengan merapatkan jurang menerusi gol Kevin Doyle (minit ke-67) dan Ronald Zubar(minit ke-86) namun sudah terlambat untuk menghalang City untuk meraih tiga mata.
Sementara itu, Chelsea kembali bangkit daripada prestasi hambar apabila meraih kemenangan 2-0 ketika berdepan Blackburn. Gol dijaringkan Branislav Ivanovic (minit ke-57) dan Nicolas Anelka pada separuh masa kedua (minit ke-75).
Dalam lain perlawanan, West Bromwich Albion berhempas pulas untuk mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Blackpool sementara itu Stoke City mengecewakan Bolton 2-0.
Wigan pula sekadar terikat 1-1 bertemu Fulham.
No comments:
Post a Comment