Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, January 23, 2011

PAS tolak Anwar ketuai Pakatan Rakyat

I dah tak minat u lah Anwar


Rupa-rupanya Anwar Ibrahim telah dilarang untuk hadir berkempen di DUN Tenang! Menurut sumber tertentu, beberapa arahan "rahsia" sudah disampaikan kepada Anwar agar beliau tidak terlibat dalam sebarang kempen Pakatan Rakyat di DUN Tenang bermula esok - sekiranya PR berhasrat untuk melihat kemenangan PAS di Tenang. Kelibat Anwar sememangnya tidak kelihatan sewaktu penamaan calon kelmain, sekali gus mengesahkan lagi dakwaan Anwar telah "diharamkan" untuk turun berkempen di Tenang. Kisah Anwar tidak diizinkan untuk turun ke Tenang bertiup kencang awal petang semalam. Hal ini secara tidak langsung membuktikan lagi bahawa sememangnya wujud pergeseran antara Anwar dengan pucuk pimpinan PAS. Anwar sudah dianggap sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat - susuk tubuhnya semakin menimbulkan fitnah dan malapetaka kepada PAS dan DAP. Soalnya sampai bilakah PAS dan DAP sanggup menyimpan bangkai busuk ini?
Surat terbuka yang ditulis oleh Wan Nasuha Wan Hassan di bawah ini sudah cukup menjelaskan kepada kita, bahawa Anwar Ibrahim telah didesak agar tidak terlibat dalam kempen PAS di DUN Tenang, baca surat tersebut di bawah ini :


"Untuk tujuan tersebut, saya ingin mencadangkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk melarang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim daripada terlibat dengan kempen PAS di Tenang. Penglibatan beliau akan membawa persepsi negatif kepada para pemilih. Kredibiliti beliau sekarang amat diragukan oleh rakyat dan beliau kini merupakan satu liabiliti kepada usaha PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Keputusan pimpinan PAS Johor meminta Anwar Ibrahim supaya tidak menghadiri majlis pengumuman pencalonan Puan Normala kelmarin adalah keputusan yang amat tepat, dan saya rasa saya tidak bersendirian dalam menyokong penuh keputusan ini. Saya berharap pucuk pimpinan PAS akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada cadangan di atas dan saya sudahi dengan doa agar calon PAS, Puan Normala Sudirman akan menang pada pilihan raya kecil ini. Sambung bacaan anda di sini..."

Apalagi bro......Parti KITA masih kosong lagi.........kah kahkah


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails