SUNGAI PETANI, 24 Jan. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.
Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas itu tidak harus cepat ‘mengambil kredit’ di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.
"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.
"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang melabur di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama
No comments:
Post a Comment