KUALA LUMPUR 24 Jan. – Skuad Bawah 21 Tahun negara, Harimau Muda A menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini.
Jaringan Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand, di Bangkok Khamis lalu. - Utusan
No comments:
Post a Comment