Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, March 15, 2011

1000 petani berdemonstrasi di Pasir Puteh Kelantan


PASIR PUTEH- Ketua pertubuhan peladang kawasan PPK Cherang Rotan, Hj Shamsuddin Bin Zakaria mengetuai lebih 1000 petani untuk menghantar memorandum kepada Padi Beras Nasiaonal (Bernas) berikutan masalah jumlah potongan pembelian padi yang dikenakan oleh Bernas yang terlalu tinggi berbanding potongan di negeri-negeri lain.

Menurutnya di PPK cherang Rotan sahaja terdapat lebih 1000 petani mengusahakan tanaman padi seluas 4000 hektar berkemungkinan merajuk kerana agensi berkenaan seolah-olah menindas petani-petani di sini. "bayangkan nasib petani ini dan keluarga mereka jika hasil padi mereka dipotong sehingga melebihi 30 peratus.

Diharapkan agensi berkenaan akan mempertimbangkan memorandum tersebut dan bertimbang rasa untuk menetapkan kadar pemotongan hasil padi tidak melebihi 20 peratus bagi setiap tan metrik padi sahaja. Para petani merasa amat hairan kenapa potongan padi tahun ini berlebihan sedangkan mutu padi yang dihasilkan adalah hampir sama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails