Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, March 23, 2011

Video seks: Menteri akan saman Anwar.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika terus mengaitkan beliau dan polis dalam video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara, dua hari lepas.

Beliau berkata, dakwaan Anwar bahawa polis dan beliau adalah dalang di sebalik penayangan video yang membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang tersebut telah menjatuhkan maruah dan nama baik polis.

"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab rasa berhak untuk menjaga maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jika dia (Anwar) terus mengaitkan ini (penayangan video) adalah satu konspirasi, saya akan pertimbang untuk menyaman dia.

"Perkara ini (saman) sedang dikaji peguam saya... ia bukan untuk saya semata-mata tetapi untuk pastikan integriti polis dilindungi. Isu sama ada ia konspirasi atau tidak bukan perkara utama tapi sama ada ia berlaku atau tidak kita akan siasat mengikut peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini. - Bernama

3 comments:

  1. Kuburkan Al Juburi, kuburkan PKR. Tahniah Dato 'Trio'.
    KDN samanjgn tak saman.

    ReplyDelete
  2. menteri yg dok kategori penakut bersuara dlm kegagapan nya..kalau betul buat la..dpd dulu dok amaran jer...mcm mana boleh jadi menteri pun tak paham...kalau anwar pegang jawatan dia dah lama dah makan nasi kawah kerismudin ni....menteri lawak

    ReplyDelete
  3. menteri amaran bersuara..lawak je dia nie..elok anuar jadi menteri keselamatan baru menteri amaran ni tahu tinggi rendah langit.dpd dulu sampai sekarang dok amaran jer..entah la..ni la rupa menteri dpd kalangan org melayu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails