HASRAT jutaan peminat bola sepak tempatan untuk menonton aksi skuad Olimpik negara menentang Pakistan secara siaran langsung malam ini tidak kesampaian apabila dua stesen penyiar, RTM menerusi TV1 dan Astro Arena (Saluran 801) terpaksa membatalkan siaran perlawanan itu pada saat akhir.
Ini berikutan masalah teknikal dihadapi penyiar televisyen tempatan Pakistan yang bertanggung jawab untuk menyalurkan siaran langsung perlawanan kedua kelayakan Olimpik 2012 London itu yang berlangsung di Stadium Punjab Lahore, jam 11 malam waktu Malaysia.
Pengurus Saluran, Astro Arena, Venu Ramadass berkata, pihaknya memohon maaf di atas pembatalan perlawanan itu yang pastinya mengundang rasa kecewa peminat negara yang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan aksi anak buah jurulatih Ong Kim Swee.
Cikguleepk pun belum tahu keputusan perlawanan....harap dapat info dari rakan-rakan sekalian yang mungkin ada kawan di pakistan sanun...
No comments:
Post a Comment