Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, March 10, 2011

Terkini: Solat Jumaat di Surau Puduraya.

Surau Puduraya dibenar solat Jumaat
10/03/2011 5:31pm


KUALA LUMPUR - Surau di Terminal Bas Puduraya yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi telah diberi tauliah menjalankan solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan selepas mengambil kira kepentingan orang ramai.

"Perkara ini telah dimohon oleh pihak UDA Holdings (Pemaju Terminal Bas Puduraya) serta atas permintaan orang ramai dan mufti telah pun meluluskannya pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ditanya kemungkinan surau di terminal bas lain, pusat membeli-belah serta pejabat yang bersaiz besar diberi tauliah serupa, Jamil Khir berkata perkara itu akan dipertimbang berdasarkan kriteria tertentu.

Terdahulu Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyerahkan surat pelantikan anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan sesi 2010/2013.

Seramai 13 orang termasuk tiga wanita menerima surat pelantikan masing-masing.

Mengulas pelantikan tiga wanita terbabit, Jamil Khir berkata mereka akan membantu menyelesaikan hal berkaitan kaum hawa. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails