Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, March 11, 2011

Di penjara kerana curi seluar dalam wanita

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pakaian dalam wanita di sebuah pasar raya terkemuka, seorang wanita yang terbabit dengan perniagaan jualan langsung dikenakan hukuman tiga hari penjara dan denda RM650 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nassir menjatuhkan hukuman itu selepas Nadeera Ismail, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.


Beliau turut memerintahkan wanita itu dikenakan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda. Mengikut pertuduhan, Nadeera bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa mencuri pakaian dalam wanita pelbagai jenama berjumlah RM607 di kedai Cotton On, Tingkat 3, Pavillion, Jalan Bukit Bintang di sini pada jam 8.15 malam 6 Mac 2011.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails