Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, March 31, 2011

Polis ambil keterangan Azmin Ali dan 2 lagi pemimpin PKR

AMPANG: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil polis pagi semalam bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan yang dianjurkan pemimpin terbabit Jumaat lalu.

Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Amiruddin Shaari (Batu Caves) kelihatan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10.30 pagi.

Keterangan ketiga-tiga mereka dirakamkan pegawai penyiasat IPD berkenaan hampir dua jam mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Difahamkan, dalam perhimpunan Jumaat lalu yang diadakan di Taman Melawati, di sini, sepasukan polis terpaksa bertindak menyuraikan perhimpunan itu selepas berlaku kekecohan dicetuskan penyokong yang tidak berpuas hati dengan arahan polis.

Malah, beberapa anggota polis dikatakan mengalami kecederaan ringan selepas berlaku pergelutan akibat kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails