Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, March 16, 2011

Maybank terima RM2.2 bilion pinjaman sindiket.

MALAYAN Banking Bhd (Maybank) mengumumkan memperoleh dan menandatangani perjanjian bagi kemudahan pinjaman berjangka bersindiket lima tahun berjumlah RM2.2 bilion (AS$700 juta).

Janji niaga itu ditaja jamin dan diatur sepenuhnya oleh pengatur peneraju dan pengumpul bida yang diberikan mandat terdiri daripada Australia and New Zealand Banking Group Ltd; The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Ltd, Cawangan Labuan; Mizuho Corporate Bank Ltd., Cawangan Labuan; dan Standard Chartered Bank, Cawangan Labuan.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia mendapat sambutan hangat daripada pasaran, yang menyaksikan sejumlah 22 bank, termasuk pengatur dan pengumpul bida yang diberikan mandat, menyertai transaksi itu. “Kemudahan itu ditambah saiznya daripada jumlah asal RM1.5 bilion (AS$500 juta) kepada AS$700 juta untuk menampung sebahagian daripada lebihan langganan semasa pensindiketan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails