UTM bantu suruhanjaya hasilkan animasi Beng Hock jatuh
02/03/2011 9:32pm
KUALA LUMPUR 2 Mac — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menghasilkan animasi saintifik berkaitan pergerakan Teoh Beng Hock jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.
Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock memberitahu perkara tersebut hari ini dan UTM kini dalam proses melakukannya.
Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, pegawai penyiasat Michael Leslie Squires kini sedang berunding dengan pihak UTM dan animasi tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar ketika kejadian.
"Kita telah minta penyiasat persendirian untuk berhubung dengan UTM bagi menjalankan rekonstruksi animasi saintifik mengenai bagaimana seseorang itu boleh jatuh melalui tingkat seperti itu dan bagaimana ia mendarat.
"UTM telah membayangkan dan bahawa mereka bersedia untuk menyertai projek ini dan ia boleh dilakukan dengan objek yang sama saiznya (tubuh Beng Hock). Saya harap semua pihak akan menyertainya dan memberi teori dan idea,” katanya. - Bernama
Harap kes ini dpt di selsai dgn baik.. Yg aku x faham asal Karpal and the team lari dari terus jadi pembela... Dah tau siapa yg punya keja ke..?
ReplyDeletetolong pautkan blog saya tuan...
ReplyDelete