Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, March 7, 2011

Pemimpin BN halau wartawan

KUCHING 7 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan beberapa pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di tingkat lima Kompleks Dewan Undangan Negeri Baru di Petra Jaya, pagi ini.

Antara pemimpin kanan PBB yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Timbalan Presiden I PBB, Menteri Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem (Ketua Penerangan), Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (Timbalan Presiden II), Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (Naib Presiden Kanan I), Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Datuk Seri Michael Manyin Jawing (Naib Presiden) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah (Timbalan Ketua Wanita).

Turut hadir pada masyarakat tersebut ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dougles Uggah Embas (Naib Presiden Kanan II) dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof (Ketua Pemuda).

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Jameson Ahip Nawie ketika ditemui media untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan tersebut bagaimanapun enggan memberi ulasan dan menjelaskan ia hanya mesyuarat mingguan biasa ketua menteri.

"Siapa bagi arahan kamu datang sini, ini mesyuarat biasa sahaja, kalau ada pengumuman kita akan panggil media,” katanya sebelum mengeluarkan arahan kepada beberapa wartawan dan jurugambar media nasional agar segera beredar dari bangunan tersebut. - Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails