Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, March 8, 2011

BAGUS....Ibu bapa kena denda jika anak lakukan kesalahan

Ibu bapa pelajar lakukan kesalahan trafik hadapi tindakan
08/03/2011 6:27pm


KUALA LUMPUR 8 Mac – Ibu bapa yang anak mereka melakukan kesalahan trafik ketika ke sekolah bakal menghadapi tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan cukai jalan tamat tempoh.

"Ini merupakan antara usaha bagi menurunkan kadar jenayah melibatkan pelajar sekolah selain membentuk jati diri mereka agar lebih berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur, Mohd Adenan Deraman di sini.

Beliau berkata, tindakan akan dikenakan mengikut kesalahan yang dilakukan dan perkara ini akan dilaksanakan dalam satu tempoh yang akan ditetapkan pada bulan ini.

Katanya tindakan ini merupakan kerjasama pelbagai pihak dalam membentuk sahsiah pelajar yang bebas daripada kesalahan trafik, jenayah jalanan dan samseng sekolah. – Bernama

2 comments:

  1. aku setuju 120%. Kebanyakan ibubapa adalah seperti berikut:-

    Rasa bangga diri kerana dia berupaya membeli motosikal kepada anaknya walaupun di bawah umur yang mana ianya salah di sisi undang-undang.

    Rasa bangga diri kerana mempunyai anak yang lasak, berani dan berdikari walaupun anaknya bersikap kurang ajar, samseng dan sering ponteng sekolah.

    Menyerahkan untung nasib masa depan anaknya kepada ketentuan ilahi dan masyarakat.

    Tidak ambil tahu hal dan aktiviti anaknya asalkan permintaan anaknya untuk sebuah motosikal di penuhi.

    Melepaskan dan mengambil jalan mudah tanggungjawabnya dalam soal pengangkutan anak pergi dan balik dari sekolah.

    Membuat rumusan bahawa ibubapa lain pun melakukan perkara yang yang sama terhadap anak mereka seperti yang dilakukannya.

    Tidak mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap keluarga.

    Tidak mempunyai kesedaran civik.

    Mencari dan mengumpulkan harta lebih penting dari memberi perhatian dan memantau aktiviti anak-anak.

    Mempunyai sikap keyakinan melampau bahawa anak mereka baik, jujur, berpekerti mulia dan tidak akan melalukan kesalahan. Yang tidak elok adalah anak orang lain.

    ReplyDelete
  2. SENANG CAKAP MAK BAPAK JENIS HAPRAK, BODO PIANG

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails