Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, March 18, 2011

Ketua bahagian UMNO bukan YB ugut pengundi luar

Berita ini memang sahih.....bukan aku tipu.

Peristiwa seorang ketua bahagian di Kelantan yang terlalu berharap agar dicalonkan sebagai calon pada PRU akan datang mengugut pengundi-pengundi luar. Ianya berlaku pada malam beberapa hari yang lalu di _e___ng kelantan apabila beliau dengan bodoh dan dangkalnya memberi amaran tidak akan memberi wang kepada pengundi-pengundi luar yang tidak mengundi BN dimana beliau akan menghantar 'oghe dale' untuk memerhatikan calon mana yang dipangkah oleh pengundi-pengundi luar tersebut.

Di hadapan ketua-ketua-cawangan, ketua-ketua peti undi, dan pemimpin-pemimpin akar umbi di bahagian tersebut beliau mencanangkan perkara tersebut dengan begitu sombong, angkuh dan gedebe sekali. Tanyalah pemimpin-pemimpin akar umbi tersebut betapa diktatornya kepimpinan ketua bahagian tersebut yang dulunya merupakan seorang cikgu DGA__

Kepimpinan yang macam ni lah yang membuatkan aku rasa loya nak muntah untuk balik mengundi. Janganlah anda ingat duit rm100 tu terlalu besar di mata pengundi-pengundi luar. Sampai nak ugut-mengugut pengundi luar yang dirahmati allah tersebut. Bagi aku pengundi-pengundi luar terutamanya orang-orang muda sudah terlalu bijak untuk membuat pilihan mereka. Duit tersebut bukanlah besar sangat pun berbanding mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara daripada dirampas oleh komunis dap durjana.

2 comments:

  1. ORG YG MCM TU ADALAH VIRUS YG PATUT DI HAPUSKAN TERUS. KLU BIAR LAMA2 MAKIN MEREBAK 1 BADAN. ITU DH KIRE ADA CIRI2 SABOTAJ DAH TU!!

    ReplyDelete
  2. CELAKO MU, NAK MENANG KENA AMBIL HATI OOOOIIII

    BODO SUNGGUH MU

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails