Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, March 30, 2011

Mampukah Anwar ikut jejak RPK lari ikut Thailand

RPK lari ke Britain melalui negara Thailand. Mampukah Anwar mengikut jejak tersebut apabila keadaan semakin kusut nanti. Ayuh kita tunggu dan lihat.

Berikut ialah kisah Anwar sering berulang alik ke thailand dalam tempoh beberapa tahun ini yang diceritakan oleh Datuk Eskay.

Eskay memberitahu sebenarnya hubungan cukup akrabnya dengan Anwar tidak begitu diketahui ramai.

Katanya beliau tidak pernah langsung pergi ke pejabat PKR atau sebarang majlis parti itu atau muncul di khalayak ramai dengan Anwar.

Malah dakwannya hubungannya dengan Anwar lebih special berbanding Datuk Nallakarupan.

“ Saya akan langsung pergi ke rumah Anwar pada waktu-waktu tertentu bila dia panggil saja.”katanya.

Menurut Eskay ,Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah syak apa-apa bila mereka keluar berdua kerana tahu mereka rapat.

Apa yang menarik ialah bila Eskay meminta Agendadaily dan blogger lain yang hadir pada pertemuan itu bertanya lima soalan pada Anwar mengenai Thailand.

“Sekarang orang cakap bab agenda di Kuala Lumpur saja...belum lagi cakap bab agenda di Thailand,” katanya secara bersahaja.

Lima soalan berkenaan ialah berapa kali dalam tempoh dua tahun lampau Anwar pernah ke Thailand,siapa yang menyambutnya setiap kali ke sana,siapa yang menempah bilik hotelnya,siapa yang membayar bil hotelnya dan siapa yang bersamanya sepanjang di sana.

“You pi tanya dia...tengok apa dia jawab,”kata Eskay sambil mengakui beliaulah orangnya.

Namun katanya jika Anwar cakap banyak beliau akan ‘ membuka a can of worms’ (mendedahkan pekung) di Thailand pula.

Ketika didesak Eskay tetap enggan memberitahu apa maksud pekung ‘a can of worms’ itu.

Dari cara beliau bermain dengan kata-kata – satu kesimpulan dapat dibuat ialah ada ‘ bom’ yang mungkin meletup pasal Anwar di Thailand pula selepas ini.

Eskay berkias bahawa Anwar cukup tahu apa yang beliau tahu - Agenda Daily

1 comment:

Related Posts with Thumbnails