Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, December 18, 2010

Beginilah caranya syiar islam berkembang di Kelantan

1. Tiada peluang pekerjaan menyebabkan golongan muda meninggalkan negeri kelantan maka tinggal orang-orang tua yang sudah insaf dan ingin masuk syurga dengan menyertai parti PAS.

2. Pil kuda berleluasa di kalangan pelajar sekolah di kelantan kerana ibu-bapa mereka ralit atau terpesona dengan ceramah fitnah parti pembangkang di ketuai oleh mursyidul am sehingga dinihari menyebabkan mereka tidak mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka.

3. Judi haram berleluasa kerana seperti masalah yang pertama tadi serta tiada kesan baik diterima dari ceramah PAS menyebabkan mereka berjudi untuk membuang masa dan mencari untung jalan singkat.

4. Kegiatan GRO dan pelacuran bertambah kerana banyak kedai-kedai karaoke dan restoran tumbuh di kelantan kerana tiada perniagaan lain yang boleh bergerak maju melainkan dengan menggunakan tarikan sensual para GRO.

5. Waktu ceramah politik masjidnya penuh kerana minat mendengar penyebaran fitnah dan sesi kutuk-mengutuk kerajaan tetapi pada waktu sembahyang 5 waktu tidak sampai satu saf yang ikut serta. 

6. Sekolah-sekolah agama di gunakan untuk menguatkan pengaruh politik pemerintah dengan sesi ceramah dan mengutip derma dan bukannya sesi pengajaran dan pembelajaran yang diutamakan.

7. Pemimpin yang dipilih bukan berlandaskan takwa dan ibadah yang dilakukan sebaliknya berlandaskan kepetahan berpidato untuk memberi ceramah hebat dan berapi untuk menyalahkan kerajaan barisan nasional dalam apa jua hal.

8. Pemimpin tidak banyak yang memahami masalah rakyat sebaliknya lebih banyak mencari masalah dengan pemimpin negara di peringkat nasional.

9. Pemimpin perlu berpakaian seperti orang alim walhal melakukan pelbagai perkara buruk seperti berkhalwat, rasuah, bolot kontrak, salahguna subsidi dan sebagainya.

1 comment:

  1. setuju, pembangunan kat kelantan adalah pembangunan tahun 90 an. Susah la nak jumpa anak remaja lingkungan 18-30 kt kelantan. ramai berhijrah ke luar. Klau ada pun, semuanya pompuan. tu pun kerja dekat kedai kedai makan, penjaga kaunter dan kedai kedai runcit kecilan macam tu je.

    LACK OF peluang pekerjaan!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails