LONDON 12 Dis. – Manchester City berjaya naik ke tangga kedua Liga Perdana England di belakang Arsenal selepas mudah menundukkan kelab bermasalah, West Ham 3-1 di Upton Park, lewat malam tadi.
Yaya Toure membuka tirai jaringan pada minit ke-30 sebelum dia sekali lagi menjadi punca gol sendiri yang dijaringkan penjaga gol, Robert Green pada minit ke-73.
Pemain sayap, Adam Johnson menambah gol ketiga City pada minit ke-81 sebelum James Tomkins memberikan gol saguhati kepada West Ham seminit sebelum perlawanan tamat untuk keputusan 3-1.
Blackpool mencatatkan kejutan ke atas Stoke City dengan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Britannia hasil jaringan DJ Campbell manakala Aston Villa meraih tiga mata ke atas West Brom melalui gol daripada Stewart Downing dan Emile Heskey untuk keputusan 2-1.
Gol tunggal West Brom dijaringkan oleh Paul Scharner.
Everton pula terus kempunan mencipta kemenangan apabila sekadar terikat 0-0 kepada Wigan, begitu juga Fulham yang seri tanpa jaringan kepada Sunderland.
Keputusan EPL
West Ham 1 Manchester City 3
Stoke City 0 Blackpool 1
Everton 0 Wigan 0
Fulham 0 Sunderland 0
Aston Villa 2 West Brom 1
Newcastle 3 Liverpool 1
No comments:
Post a Comment