Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, December 27, 2010

Kemenangan 3-0 tidak memadai jika tewas 5-1 di Jakarta.

Kemenangan 3-0 di KL tidak memadai untuk dijadikan azimat dalam merampas kembali piala kebanggaan bola sepak asean. Jika kekalahan memeritkan pada perlawanan pertama yang lalu tidak mustahil pasukan kebangsaan bakal mengalami nasib yang serupa apabila bertandang di stadium lawan nanti. Walaupun kita dapat melihat satu peningkatan yang mendadak ditunjukkan oleh skuad muda kita tersebut. Kita sangat berharap mereka akan lebih cermat dalam menggunakan segala peluang yang terhidang di sana nanti kerana ianya tidak akan semudah seperti perlawanan di Kuala Lumpur kelmarin.

Pasukan bola sepak Malaysia selalunya sudah berpuashati dengan berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir. Jika peluang yang ada ini tidak digunakan sebaik-baiknya maka berapa dekad lagikah untuk kita menunggu kepulangan piala yang dimegahkan ini.

Nasihat saya kepada pemain-pemain kita agar menggunakan segala helah permainan bola sepak dan bermain dengan bijak. Pasukan Indonesia sudah pasti akan meningkatkan tahap aggresif permainan mereka. Bentesan dan terjahan keras akan digunakan dalam merampas bola dalam kawalan kita. Kita perlu bijak dalam menyukarkan pergerakan mereka. Lihatlah pemain seperti Ronaldo yang selalu diterjah dengan keras tetapi jarang mengalami kecederaan kerana kebijaksaan beliau dalam melakukan helah menjatuhkan badan.

Malaysia dijangka akan menggunakan pendekatan bertahan pada perlawanan akhir kedua itu nanti. Pemain-pemain tengah perlu meningkatkan latihan menjaringkan gol dari jarak jauh kerana peluang untuk menghampiri pintu gol indonesia memang agak sukar nanti. Shot dari jauh ataupun first timer perlulah lebih rendah daripada palang gol atas. Kita sering dipertontonkan dengan try melambung daripada pemain-pemain negara yang amat mengecewakan. Nasib baik pemain indonesia turut sama banyak melambungkan bola keluar dari atas palang gol.

Jika pemain dapat melakukan percubaan rendah dari jarak jauh maka peluang negara untuk membawa pulang piala tersebut meningkat kepada 55%. Tolonglah bawa pulang piala yang diidamkam oleh rakyat satu malaysia. 1 Malaysia mahu

1 comment:

  1. kita menentang 11 orang pemain yg kebetulannya orang indon.penonton mereka tak boleh buat apa apa,terus jaringkan gol,gol,gol,gol,gol,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails