Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, December 11, 2010

Pos Malaysia lancar portal e-dagang konsep kedai maya

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang baru-baru ini memperkenalkan perkhidmatan portal dagangan elektronik (e-dagang) terbesar di Malaysia, PostMe.com.my, menyasarkan sekurang-kurangnya 10,000 kunjungan pelawat setiap hari untuk melayari portal berkenaan menjelang tahun depan.

Perkhidmatan itu dibangunkan berasaskan konsep kedai maya dengan sokongan rangkaian penghantaran terbesar seumpamanya di negara ini.

Ketua Pegawai Pemasaran Bahagian Pemasaran Kumpulannya, Pat Wahid berkata, sasaran itu realistik, lebih-lebih lagi PostMe.com.my satu-satunya portal e-dagang yang menawarkan pelbagai saluran bayaran termasuk secara tunai.

Beliau berkata, menerusi perkhidmatan itu, pelanggan tidak perlu bersusah-payah untuk ke mana-mana gedung beli-belah, malah banyak produk ditawarkan pada harga lebih murah berbanding kedai biasa.

“Ketika ini, kami mempunyai 70 rakan niaga dan kira-kira 6,000 barangan boleh dibeli pengguna menerusi PostMe.com.my dan dijangka terus meningkat antara 10,000 hingga 12,000 produk hujung tahun ini. Kami mempunyai jaringan penghantaran luas ke serata pelosok negara dengan caj penghantaran untuk urusan dagangan portal ini cuma serendah RM3.50.

“Selain itu, berbanding portal e-dagang lain, urusan dagangan melalui portal ini lebih mudah dan selamat memandangkan pelanggan tahu siapa berada di belakang PostMe.com.my yang mempunyai sokongan logistik yang begitu besar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.postme.com.my atau hubungi talian hotline 014-6479607/09.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails