Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, December 30, 2010

Update: Kuantan dinaiki air

KUANTAN, 30 Dis. - Hujan berterusan sejak semalam mula menunjukkan kesan apabila dua jalan utama dan kawasan penempatan di daerah ini dinaiki air hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata dua jalan berkenaan ialah di Km 23 Jalan Gebeng-Kuantan dekat Bukit Pengorak dan Km 18 Jalan Gebeng-Kuantan.

"Kedua-dua jalan berkenaan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja selepas air mula melimpahi jalan raya setinggi 0.7 meter sepanjang 10 meter,” katanya ketika dihubungi di sini.

Selain itu katanya, dua kawasan penempatan iaitu di Taman Seberang dan Sungai Karang di sini turut ditenggelami air sedalam 0.3 dan 0.5 meter.

Bagaimanapun katanya, tiada pemindahan mangsa banjir dilaporkan setakat ini.

Sehingga tengah hari ini tiada laporan banjir di daerah lain diterima,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails