Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, December 18, 2010

Jentera UMNO sudah digerakkan, Pilihanraya semakin hampir.

PAGOH 18 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan UMNO supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tetapi juga meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.


Muhyiddin berkata, pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.


"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat mempertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan diadakan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam.


Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN dan Umno bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails