Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, December 15, 2010

Bomoh nombor ekor PAS ramal BN akan rampas kuasa....harakah: FITNAH!!!

IPOH 14 Dis. — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang meramalkan Barisan Nasional (BN) merancang rampasan kuasa jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai berniat jahat, fitnah dan pembohongan.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu berupa satu lagi contoh betapa Pas akan sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan fitnah bagi memburukkan kerajaan BN.

"Ini niat jahat, sangka buruk untuk takutkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kilang Panel Solar Twin Creeks Malaysia Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Khantan di sini hari ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar semalam membayangkan kemungkinan berlakunya rampasan kuasa itu, ekoran amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat tidak memilih parti selain BN.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, keputusan pilihan raya umum lepas telah membuktikan BN menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Beliau berkata, BN kalah di beberapa negeri dan boleh menerimanya sebagai keputusan yang dibuat melalui proses demokrasi dan pilihan rakyat.

"Lihat apa yang berlaku selepas kita kalah (beberapa negeri)...kita faham keputusan yang telah dibuat. Tidak timbul soal rampasan kuasa,” katanya.

Beliau berkata, pembangkang akan sentiasa berusaha mencari peluang memburukkan kerajaan dan menunjukkan kerajaan BN sebagai tidak baik tetapi yang penting adalah rakyat memahaminya.

Mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa pakatan PKR-Pas-DAP akan memberi autonomi sepenuhnya kepada Sarawak jika diberi mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada PRU-13, Muhyiddin berkata ia hanya satu tipu -helah pembangkang.

"Mereka akan membuat pelbagai tawaran... ini tipu helah mereka. Akan guna apa cara untuk dapat kejayaan,” katanya.

Beliau berkata rakyat Sarawak tahu jasa dan sumbangan BN membangunkan negeri itu dan sejak sekian lama, hak-hak yang dinikmati adalah berdasarkan pada perlembagaan dan undang-undang negeri dan persekutuan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails