Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, December 27, 2010

Peluang baik untuk orang melayu, Bangsa lain jangan baca!!!!!!

KUALA LUMPUR 27 Dis. — Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sejumlah RM150 juta pinjaman kepada usahawan Bumiputera di seluruh negara untuk tahun depan.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pinjaman yang akan diberikan itu meliputi pelbagai bidang keusahawanan kecuali pertanian, tetapi keutamaan akan diberikan kepada bidang runcit.

"Secara purata, setiap peminjam akan memperoleh kira-kira RM50,000. Jumlah peruntukan ini (RM150 juta) sebenarnya masih kecil tapi ia berdasarkan kutipan semula pinjaman yang kita telah perolehi. Kalau lebih, maka kita akan tambah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Medan Selera Rakyat, di Medan Mara di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, setiap pemohon pinjaman perlu memenuhi kriteria tertentu termasuk lulus ujian psikometrik bagi menilai tahap keusahawanan mereka.

Ujian itu yang mula diperkenalkan November lepas antara lain mengukur nilai keusahawanan setiap individu daripada segi daya tahan, kemampuan bersaing, keberanian menanggung risiko dan sebagainya.

"Walaupun kertas kerja yang mereka sediakan bagus, pembentangan mereka juga bagus tapi mereka perlu lulus ujian ini untuk kita nilai sejauh mana mereka mampu bertahan dalam perniagaan,” katanya.

Mengenai penjenamaan semula Medan Selera Rakyat, Idris berkata, ia bertujuan menjadikan kawasan itu menjadi lebih menarik, selesa, bersih dan santai.

Bertemakan ”Green Peace”, projek membaik pulih medan selera itu telah dimulakan 1 Novenver lepas dan siap sepenuhnya pada 17 Disember dengan kos kira-kira RM190,000. - Bernama

1 comment:

  1. aku salah seorang yang berjaya dapat pinjaman MARA.. MARA memang best sebab aku cuma bayar pinjaman semula 25% sahaja dari RM25K

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails