Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, December 17, 2010

Pasukan Malaysia akan lemas dengan sorakan Vietnam

Walaupun tajuk posting hari ini seperti tiada semangat nasional dan patriotisme tetapi inilah hakikatnya dengan pasukan bolasepak Malaysia. Berbekalkan nasib sahaja pasukan Malaysia berjaya memperolehi 2 gol pada perlawanan di bukit Jali hasil kesilapan penjaga gol vietnam, langsung tidak boleh dibanggakan.
Vietnam pastinya akan bermain bermati-matian pada perlawanan ulangan nanti ditambah pula kehadiran penyokong fanatik mereka pastinya pemain Malaysia akan menjadi lembik seperti yang ditunjukkan sewaktu tewas 5-1 ditangan Indonesia. Tidak mustahil sabtu ini Malaysia akan di belasah oleh Vietnam.

Sejarah pernah menunjukkan Malaysia tumpas ditangan Indonesia 4-1 walaupun berbekalkan kemenangan 2-0 pada perlawanan pertama pada kejohanan yang sama 2 tahun lepas. Adakah pisang akan berbuah 2 kali hanya pemain Malaysia sahaja yang boleh membuktikan sebaliknya.

Dari segi kekuatan pasukan di barisan belakang ataupun pertahanan memang pasukan Malaysia terlalu lemah. Kepantasan akan digunakan oleh Vietnam nanti pasti akan menewaskan pertahanan Malaysia jika mereka tidak bersungguh-sungguh mengejar dan mematikan langkah pemain vietnam nanti.

Barisan tengah Malaysia pula seperti biasa beraksi seperti yo-yo. Kadang-kadang mereka bermain amat baik tetapi selalunya permainan mereka amat lembik seperti yang berlaku di Bukit Jalil 10 minit terakhir permainan adalah buktinya. Seringkali melepaskan bola kepada pasukan lawan dan juga lembab untuk kembali merampas bola dari pihak lawan. Kecergasan pemain adalah kunci kejayaan pasukan pada peringkat sebegini dan berharap Rajagopal akan memastikan pemain yang diturunkan mempunyai kecergasan yang terbaik kerana semangat sahaja tidak memadai dalam menewaskan pasukan vietnam yang juga mempunyai semangat yang kental.

Di barisan serangan sudah ada peningkatan untuk pasukan Malaysia dengan kehadiran bintang baru Shahrul idlan Talaha dan Safiee Salee yang memang menggerunkan pihak lawan. Mereka memang menunjukkan prestasi yang membanggakan pada perlawanan sebelum ini tetapi kurang bantuan dari pemain midfielder menyebabkan serangan Malaysia sering dipatahkan dengan mudah.Semoga masalah asas ini dapat diatasi pasukan negara secepat mungkin agar negara dapat merangkul piala AFF yang amat diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga penantian kita terhadap pasukan bolasepak negara akan tercapai pada tahun ini dan juga mengharapkan nasib terus menyebelahi kita pada peringkat seterusnya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails