Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, December 15, 2010

Malaysia menang nasib kesilapan penjaga gol Vietnam

KUALA LUMPUR 15 Dis – Penyerang, Mohd. Safee Mohd. Sali muncul wira selepas menjaringkan kedua-dua gol ketika skuad negara menundukkan Vietnam 2-0 pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Gol-gol tersebut dijaringkan pada babak kedua perlawanan hasil kesilapan mudah penjaga gol vietnam yang tidak kemas menangkap bola ,Malaysia dan Vietnam akan bertemu lagi pada separuh akhir kedua yang akan dilangsungkan di Hanoi, Sabtu ini.

Peluang anak buah K. Rajagobal untuk melangkah ke peringakt akhir kejohanan tersebut masih samar kerana jika 10 minit terakhir permainan di ambil kira pemain Malaysia sudah menunjukkan kembali aksi kurang konsisten mereka.Jika ianya diteruskan di Hanoi nanti maka dengan mudah vietnam boleh menjaringkan gol.

Malaysia perlu mengambil kesempatan di atas kelemahan penjaga gol vietnam dengan merembat bola dari luar kotak. latihan sepakan deras yang rendah perlu dipertingkatkan. Kita sering menyaksikan percubaan terlalu tinggi daripada pemain negara yang mensia-siakan banyak peluang yang terhidang.

Teruskan aksi dan semangat juang yang tinggi di Hanoi nanti agar dapat melangkah ke Final. Rakyat Malaysia amat dahagakan kejayaan dari skuad bolasepak.

2 comments:

  1. Aku pegi tgk bro... ko pegi tak?...hihihi sajeje nak sakat ko... bukan nasib bro... kalo tak serang, takde semangat nak main.. camner nak dpt gol.. nasib tiada dalam kamus hidup bro... qada dan qadar setelah berusaha... tawakal... ubah skit ko punya ayat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails