Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, December 14, 2010

Malaysia tidak mampu tandingi Vietnam

Walaupun tajuk posting hari ini seperti tiada semangat nasional dan patriotisme tetapi inilah hakikatnya dengan pasukan bolasepak Malaysia. Berbekalkan nasib sahaja pasukan Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir hasil belas ihsan pasukan Indonesia langsung tidak boleh dibanggakan. Setiap kali memerhatikan aksi mimik muka pemain kebangsaan sewaktu bermain untuk negara seolah-olah bersahaja langsung tidak menunjukkan ciri-ciri kesungguhan seperti yang dipamerkan pasukan lain.

Dari segi kekuatan pasukan di barisan belakang ataupun pertahanan memang pasukan Malaysia terlalu lemah. Kepantasan akan digunakan oleh Vietnam nanti pasti akan menewaskan pertahanan Malaysia jika mereka tidak bersungguh-sungguh mengejar dan mematikan langkah pemain vietnam nanti.

Barisan tengah Malaysia pula seperti biasa beraksi seperti yo-yo. Kadang-kadang mereka bermain amat baik tetapi selalunya permainan mereka amat lembik. Seringkali melepaskan bola kepada pasukan lawan dan juga lembab untuk kembali merampas bola dari pihak lawan. Kecergasan pemain adalah kunci kejayaan pasukan pada peringkat sebegini dan berharap Rajagopal akan memastikan pemain yang diturunkan mempunyai kecergasan yang terbaik kerana semangat sahaja tidak memadai dalam menewaskan pasukan vietnam yang juga mempunyai semangat yang kental.

Di barisan serangan sudah ada peningkatan untuk pasukan Malaysia dengan kehadiran bintang baru Shahrul idlan Talaha yang memang menggerunkan pihak lawan. Beliau memang menunjukkan prestasi yang membanggakan pada peringkat kumpulan sebelum ini tetapi kurang bantuan dari pemain midfielder menyebabkan serangan Malaysia sering dipatahkan dengan mudah.Semoga masalah asas ini dapat diatasi pasukan negara secepat mungkin agar negara dapat merangkul piala AFF yang amat diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Semoga penantian kita terhadap pasukan bolasepak negara akan tercapai pada tahun ini dan juga mengharapkan nasib terus menyebelahi kita pada peringkat seterusnya. InsyaAllah.

2 comments:

  1. kalo tgk cr malaysia lwn thailand aritu mmg mutu permainan malaysia tahap bdk sekolah..tgh lngsung xhdp..bile defend dpt bola je trus lmbung ke depan..dgn harapan striker akn dpt bola..tp slalunye xpernah dpt pon..corak permainan cmtu cume layak utk bdk sekolah je..hantaran2 malaysia jgk slalunye x ditampan dgn kemas..hantaran jgk slalunye xtepat kpt rakan..ni la slalu kesalahan2 mudah skuad malaysia..tp kite sume pon tau..skuad ni xde pemain2 utama..injurt sumenye..tp walau ape pon..lawan ttp lawan..pinjm kata2 nuar juburi..hahahaha..moga malaysia blh klhkn vietnam mlm sok..satu ksong pon ckup la..seri pon ckup la..tp blh ke??ehheehe..xpe2..bola itu bulat..sm2 tnggu mlm sok

    ReplyDelete
  2. Belum lawan bro.. aku yakin malaysia akan main bermati matian... aku dah beli tiket nak pegi tgk... ko dah beli belum?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails