Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, December 16, 2010

pakatan baru DAP, KITA boleh ranapkan impian Anwar Ibrahim

Zaid Ibrahim mungkin akan cuba mengatur langkah untuk menjalinkan pakatan baru yang lebih fresh tanpa sebarang rekod kotor dan kes mahkamah dengan DAP untuk menggoncangkan politik Malaysia tidak lama lagi.

Kalau pakatan ini berjaya direalisasikan makanya BN pasti berjaya ditolak oleh pakatan baru ini yang jelas lebih meyakinkan berbanding pakatan PAS, DAP dan PKR yang lebih kepada pakatan olok-olok yang langsung tidak secocok dan merupakan lakonan semata-mata.

Tahniah kepada Zaid Ibrahim idea parti KITA memang brillion dan jika ianya berjaya memujuk DAP untuk bersama perjuangannya maka secara teorinya tiada parti yang akan menang besar pada pilihanraya akan datang dan semestinya pakatan baru ini akan menguntungkan DAP dan membolehkan Zaid Ibrahim menjadi PM Malaysia ke 7.

DAP pula selama ini amat bersabar dengan segala tindak tanduk bodoh yang dilakukan oleh kepimpinan PKR yang baru berusia setahun jagung. Kepimpinan DAP yang amat berpengalaman sudah pasti akan meninggalkan kapal PKR yang semakin karam bersama kuda tunggangan mereka PAS yang sentiasa boleh diperbodohkan setiap masa.

Kini tibalah masanya untuk DAP mengubah haluan dengan menyertai  kepimpinan Zaid Ibrahim yang sebelum ini DAP harapkan dapat mengemudi PKR tetapi kecundang akibat ditolak pemimpin PKR yang kotor dan berkudis. Kewujudan parti Kita akan mengembalikan semula harapan mereka untuk melihat zaid ibrahim menjadi PM tidak lama lagi.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails