
Kedua-dua pasukan hanya berbeza 5 mata menambah lagi kehangatan dalam perebutan juara liga super tahun ini. Pastinya perlawanan ini ditunggu-tunggu oleh oleh seluruh penyokong setia kedua-dua pasukan.
Pertembungan dua jurulatih berbangsa india iaitu B Sathianathan (Kelantan) dan K Devan (Selangor) turut mencuri tumpuan dalam merencana strategi pasukan masing-masing.

Perlawanan ini dijangkakan sengit tetapi pasukan Selangor mempunyai kelebihan kerana beraksi di kandang sendiri. Peluang untuk selangor menang adalah 51% manakala kelantan perlu bekerja keras kerana mereka sering gagal apabila beraksi di tempat lawan. Diharapkan perlawanan ini akan berakhir dengan aman tanpa ada aksi yang tidak diingini berlaku. Oleh itu semua penyokong fanatik perlu berwaspada dan bersabar semasa perlawanan berlangsung.
No comments:
Post a Comment