Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, July 13, 2010

Lidah Rasmi PKR hilang suara


PKR hari ini menerusi pengarah strategi parti tersebut terus-terusan mencabar kedaulatan undang undang negara apabila terus menerbitkan akhbar dengan menukar nama kepada Keadilan yang mana sebelum ini adalah Suara Keadilan. Tindakan tersebut memang mencabar dan langsung tidak menghormati undang-undang negara.

Sampai bila lagi kita hendak bersabar dengan penjenayah seperti ini. Perbuatan mencabul kehormatan undang-undang negara dilakukan tanpa segan silu malah sengaja dilakukan supaya kerajaan mengambil tindakan keatas mereka seterusnya akan dijadikan modal politik untuk mereka menghentam kerajaan melalui media-media lain seperti web dan blog.

Jika kerajaan terpaksa mengambil langkah berhati-hati dalam mengatur langkah agar tidak terjerat dengan helah politik PKR ini maka rakyat jelata perlu meneruskan tindakan keatas parti tersebut dengan memboikot, membakar dan mengutuk sesiapa sahaja yang membaca sebaran fitnah daripada makhluk-makhluk kominis yang semakin kurang ajar ini. momentum yang telah dimulakan oleh peneroka felda sebelum ini yang membakar akhbar tersebut perlu diteruskan dan dijadikan pedoman oleh seluruh umat islam dan melayu di Malaysia dalam menghentikan perbuatan penyebaran fitnah dari terus berlaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails