Industri hiburan Indonesia sentiasa diwarnai dengan cerita-cerita panas. Belum reda dengan video seks Ariel – Luna Maya – Cut Tari, terbaru, muncul pula video dan gambar bogel Agnes Monica dalam tab mandi.
Agaknya, dah jadi budaya artis, tak kira dimana…jadi artis jer mesti bogel….bogel jer mesti artis.
Sejauh mana kebenaran gambar dan video bogel Agnes Monica…dia jer yang tau, namun apa yang pasti si Agnes ni memang suka berseksi-seksi…
MyMetro: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet baru-baru ini adalah dirinya.
“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.
Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.
Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.
“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.
Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.
“Foto Agnes itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.
“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.
“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya.
lantak la dia .ini perempuan bukan islam.kristian.suka hati dia lah
ReplyDelete