Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, July 13, 2010

Tuntutan 1 billion: Umno perlu tuntut 10 billion

Hasrat MCA untuk memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi menampung kos pembangunan dan operasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Dibandingkan bilangan sekolah jenis kebangsaan yang sedikit bilangannya berbanding sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang lebih banyak maka UMNO perlu memohon RM 10 Billion untuk menampung kos pembangunan dan operasi sekolah kebangsaan.

Terdapat sekolah jenis kebangsaan yang tidak menghormati Menteri berbangsa Melayu apabila menjemput seorang menteri berbangsa melayu tetapi menggunakan pengacara berbangsa cina yang bertutur dalam bahasa mandarin. Sepatutnya Menteri tersebut menarik balik peruntukan yang telah diberikan kerana sikap biadap mereka yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Terdapat juga sekolah Cina yang tidak lagi menyuruh murid-murid mereka menyanyikan lagu negaraku di sekolah sebaliknya hanya memainkan muzik lagu tersebut semasa perhimpunan sekolah. Perbuatan ini akan menghakis sikap kecintaan kepada negara yang sepatutnya diterapkan sejak di bangku persekolahan lagi. Ini juga menambahkan bilangan murid cina yang tidak tahu berbahasa melayu yang semakin ketara bilangannya.

Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh sekolah jenis kebangsaan terhadap guru-guru melayu juga amat ketara apabila prestasi guru melayu yang dinilai oleh pentadbir yang memilih bulu dan kaum. Kerja-kerja juga dibahagikan secara tidak adil mengikut guru pilihan mereka. Kerajaan perlu mendengar rintihan guru-guru melayu yang bekerja di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Jika kerajaan meluluskan bantuan 1 billion kepada sjkc maka kerajaan perlu bersedia untuk membantu sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebanyak rm 10 billion bagi memberikan keadilan kepada semua sekolah dan murid di negara kita.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails