Penyokong tegar Pas mengeluh kerana bilangan mereka sekarang semakin berkurang. Hal ini dibuktikan dengan bilangan mereka yang menghadiri ceramah yang amat sedikit tidak seperti tahun-tahun lepas. Hinggakan pada satu masa mereka terpaksa menelefon rakan-rakan pada saat-saat akhir untuk hadir ke majlis ceramah yang diadakan bagi mengelakkan penceramah dimalukan tanpa kehadiran penonton.
Walaubagaimanapun sokongan kepada pakatan rakyat masih kuat kerana peranan DAP yang bersungguh-sungguh mendaftarkan penyokong berbangsa Cina ke dalam Parti mereka. Rakyat berbangsa Cina amat tertarik dengan perjuangan Pakatan Rakyat kerana perjuangan mereka amat menguntungkan bangsa mereka yang tidak pernah diperolehi sepanjang pemerintahan Barisan Nasional,
Agenda seterusnya jika mereka berkuasa di Malaysia nanti maka banyak dasar-dasar yang lebih adil kepada semua kaum akan diperjuangkan antaranya pembinaan kuil dan gereja, Papan tanda berbahasa mandarin, bilangan penjawat awam berbangsa cina akan ditambah supaya seimbang dengan bansa melayu, pengagihan kontrak dan sebagainya.
Dengan bilangan penyokong yang semakin berkurang penulis risau bagaimana parti PAS akan mempertahankan dasar islam mereka nanti. Ataupun mereka akan dibuai dengan hasil pasir dan balak yang akan di suapkan kepada mereka untuk menyokong dasar DAP. Kita saksikan nanti selepas PRU ke-13
Kalau ini berita benar...syukurlah. Tapi pengikut masih PAS ramai yang taksub dan tidak berpijak dibumi nyata.Mereka cetek ilmu agama, sebab itu senang mereka diperkotak katikkan oleh kafir DAP dan PKR. Pemimpin2 mereka pula senang2 aje menyelewengkan ajaran Islam. Lihat sajalah NIK AZIZ,apa saja cakap dia semua betul oleh pengikut2 beliau........Demi kepentingan politik yang sedikit diatas muka bumi ini, mereka sanggup memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam...dengan UMNO. Mereka lebih rela bekerjasama dengan kafir Harbi dan Syaitan demi dapat menumbangkan UMNO....MasyaALLAH.
ReplyDeletesama-sama kita berdoa pengaruh PAS akan terus merosot selagi perjuangan mereka terus terpesong dari dasar yang mereka gembar-gemburkan
ReplyDeleteBagaimana kalau cakap berkobar-kobar pasal islam tapi senyap sunyi apabila umat islam ditindas. menikus tanpa suara. Berani kerana benar, islam itu mudah.Bukan Pas yang dapat menghantar anda ke syurga melainkan amalan kita sendiri.Jika umat islam kuat maka perjuangan islam akan sentiasa diteruskan dan bertambah kuat. jika pas takut berdepan dengan DAP maka bubarkan sahaja parti pengecut itu
ReplyDeletekalau cerdik agama tapi amal nya tidak juga lebih buruk orangnya dimata Allah Swt. Ini yang berlaku kepada PAS yang katanya perjuangkan agama tapi tidak bermaya, dayus dalam memperjuangkan umat islam di pulau pinang. Rakan parti anda yang memerintah di sana. pergilah bantu. Jangan cakap anda masih tiada kekuatan. itu kata-kata menyelamatkan diri. bangunlah berjuang wahai parti PAS yang ku hormati. Bantulah umat islam yang memerlukan anda. Tiada yang lemah dalam islam. jangan jadikan alasan parti anda lemah untuk bersekongkol dengan DAP durjana
ReplyDeleteCuba fikir dengan waras. Buka mata dan minda. Jangan jadi lebih dangkal dari orang yang dikata dangkal. Cuba berikan dasar umno yang menolak islam dan buktikan. jangan hanya bercakap menggunakan kepala lutut
ReplyDeleteBiasalah orang yang bodoh sombong tidak guna akal yang diberi untuk berfikir.Inilah yang dimahukan oleh Nik Aziz yang mahu pengikutnya ikut sahaja apa yang keluar dari mulutnya.Adakah anda tergolong dalam golongan tersebut.
ReplyDelete