Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, July 2, 2010

Tokoh Yahudi Amerika takut diliwat Anuar Ibrahim dari Malaysia

Kini warga amerika keturunan Yahudi mula takut berhubungan dengan Anwar kerana Anwar merupakan seorang yang sering berubah fikiran dan mengkhianati rakan demi kepentingan dirinya sahaja. Warga amerika juga mula memahami tindak-tanduk dan helah politik Anuar. Walaubagaimanapun mereka mungkin juga akan memberi bantuan kepada Anuar jika dia sanggup menjadi balaci Yahudi. 

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte berkata, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya.


Menurut Motte, Anwar menghabiskan masa bertahun-tahun mengagungkan imej pro barat sehingga diberi peluang mengajar di Universiti Johns Hopkins tetapi apabila sokongan daripada golongan Melayu mula hilang, Anwar mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Katanya, walaupun tindakan menghentikan hubungan baik dengan Anwar tidak akan menghentikan sindrom anti-Yahudi yang kini sedang melanda dunia, tetapi sekurang-kurangnya langkah berkenaan akan meletakkan AS pada landasan yang betul dalam isu tersebut.

"Tiada tempat untuk AS meneruskan kerjasama dengan Anwar sama ada atas alasan moral mahu pun pragmatik. Ini kerana ketika Israel berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya, Anwar yang sebelum ini menjadi anak emas Bill Clinton dan George W. Bush turut mengkritik Israel," katanya.

Desakan itu dibuat selang dua hari selepas akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.

Pada 4 Mei lalu, Motte melalui tulisannya dalam The New Ledger berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Mengulas lanjut dalam tulisan terbarunya, Motte memberitahu, ramai pihak termasuk pembuat dasar Amerika terlepas pandang bahawa Anwar licik dalam menggunakan strategi 'sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi' sehingga ia boleh mendatangkan bahaya kepada polisi negara tersebut.

"Pentadbiran Obama perlu sentiasa mengingati perkara ini (kelicikan Anwar) ketika kita berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan negara Islam khususnya Malaysia. Ia tidak terlalu mudah untuk membezakan antara kawan dan musuh dan dalam kes Anwar ia jelas semua pihak perlu memberi perhatian," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails