Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, July 9, 2010

Seks: 3 minit sudah memadai


Fantasi setiap lelaki yang mahukan seks yang mampu bertahan lama di ranjang untuk menjaga maruah dan mahukan si isteri tersenyum riang.

realitinya dalam dunia moden dengan pasangan suami isteri yang berkarier dan sibuk tidaklah begitu. Mereka tak perlukan lagi waktu yang lama untuk menyudahkan urusan di ranjang. Sela masa antara 3 hingga tujuh minit sudah memadai.

Kajian Universiti di Pensylvania ke atas 50 responden di Amerika mendapati masa 1 hingga 2 minit dianggap terlalu cepat. 3 hingga 7 minit pela dianggap begitu memuaskan. Begitupun kebanyakan responden menyatakan bahawa lebih dari 10 minit adalah terlalu lama.

Kajian ini turut bertujuan mengatasimasalah seksual berikutan kebayakan lelaki dan wanita berfantasi saiz zakar yang besar dan panjang serta hubungan seks sepanjang malam. Fantasi ini meyebabkan hubungan seks tidak selesa. Apa yang dibayangkan tidak semestinya akan dialami dalam dunia nyata.

Besar kemungkinan pasangan yang cuba mempertahankan fantasi tersebut akan berkemungkinan mengalami masalah seksual. Kajian ini bertujuan mendorong pasangan bersikap lebih realistik dalam hubungan seks mereka. Dan akhirnya ia boleh mencegah rasa kecewa dan hampa pasangan yang terlalu ghairah mahu menggapai fantasi mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails