Telah menjadi trend sekarang ini oleh pengikut-pengikut pakatan pembangkang untuk menfitnah saiful habis-habisan bagi memburuk-burukkan keperibadian beliau agar rakyat kembali menyokong dewa mereka si Anuar erdogan. Terkini tersebar di kampung-kampung dan sekitar kedai-kedai kopi dikalangan orang kampung yang tidak berapa celik IT di suapkan dengan berita bahawa saiful sekarang sedang sakit tenat akibat dimakan sumpah setelah beliau bersumpah muhabalah yang berkaitan kes liwat Anuar. Kita nantikanlah kemunculan saiful dimahkamah nanti untuk menafikan berita tersebu kerana jikalau beliau benar-benar sakit mestilah beliau akan mengambil MC seperti yang dilakukan peguam pengecut karpal singh walla walla.
Hal ini terjadi apabila kes tersebut ditangguhkan akibat dilengah-lengahkan oleh puak pengecut untuk memberi masa kepada mereka untuk menyebarkan fitnah terbaru dan terkini. Dua minggu kes ditangguhkan maka tidak keluar di dada akhbar kisah saiful maka sedaplah mereka mencanangkan saiful sedang sakit tenat. sebelum ini tersebar juga saiful bercinta dengan timbalan pendakwaraya Farah Azlina. Bagaimanalah orang yang sedang sakit tenat boleh pula bermain cinta. Rupa-rupanya fitnah percintaan saiful dicipta untuk orang-orang yang celik IT dan pembaca-pembaca blog manakala fitnah saiful sakit kepada penyokong-penyokong mereka di ceruk-ceruk kampung.
Hebat kan permainan politik mereka. Kita perlu ingat 10 daripada kalangan rakan-rakan kita akan ada seorang yang termakan fitnah ini dan seterusnya cuba mempengaruhi yang lain sehingga menjadikan jumlahnya semakin membesar dari hari ke sehari. Jadi janganlah lagi kita mempercayai fitnah-fitnah ini. cepat-cepatlah kita tinggalkan golongan penyebar fitnah ini dengan segera. Lebih elok lagi jika kita bertanya dari manakah sumber fitnah mereka itu didapati. semestinya dari lidah rasmi mereka penyebar segala fitnah dan penipuan.
No comments:
Post a Comment