Keputusan di luar jangkaan buat skuad Joechim Leow di mana kebanyakan warga Germany juga tidak menyangka bahawa skuad yg pada awalnya dikutuk di media German sendiri kerna menyenaraikan ramai pemain bawah 21 Tahun dan juga menyenaraikan penyerang yg bermasalah pada season ini iaitu Klose dan juga Podolski serta mengetepikan pemain yg banyak menyumbat gol di Bundesliga Kevin Kuranyi.
Sebelum perlawanan beberapa sahabat German sudah berkira-kira utk menyokong Sepanyol sendainya perlawanan Argentina-German berpihak buat Argentina. Tp jangkaan itu meleset setelah German berjaya mengekang Messi dgn begitu baik dan menjaringkan gol awal sekaligus melemahkan skuad bimbingan Diego Maradona.
Spain vs Germany bakal menampilkan permainan Eropah yg laju dan pantas serta taktikal yg boleh kita lihat dimana Barcelona vs Munchen yg mana kebanyakan pemain kedua-dua pasukan ini sudah biasa dengan pemain2 lain. Sesuatu rahsia yg harus dipelajari England jika masih bercita-cita menjadi Juara Dunia.
Perlawanan yg sgt sengit, Spain harus mengelakkan dibolosi awal sekiranya mahu menjadi juara dunia buat kali pertama. Kerana sekiranya German mempunyai gol awal mereka mula mengendurkan permainan dan akan melakukan serangan balas. Oleh itu Spain harus mematikan langkah German dgn mengawal penuh bahagian Tengah dgn baik. Penulis merasakan sudah tiba masanya pengurus Spain menggunakan Fabregas dari awal bagi memantapkan barisan tengah mereka.
Keputusan yg sukar diramal,
Spain 51% win
Germany 49%win
GERMANY! 80% :D
ReplyDeletewe look n c Ms Pearl
ReplyDelete