Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, July 12, 2010

Rampasan kuasa di Selangor selepas Ramadhan.


 Pentadbiran di Selangor kini caca-marba. Kuasa politik dan kuasa eksekutif pentadbiran negeri telah diasingkan. Ini sekaligus menepati telahan pemerhati politik yang sekian lama menyatakan AnWAR sentiasa mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau tidak mahu pemegang kuasa politik dan eksekutif terlalu berkuasa!

 Yang boleh berkuasa dalam PKR hanyalah dirinya. Pastinya pemecahan itu bakal mewujudkan persaingan kuasa di Selangor. Penyokong masing-masing akan menumpukan bagaimana untuk menguatkan kedudukan bos masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mahu berpihak serta ikhlas mahu berkhidmat.

 Kini, penyokong Khalid tidak boleh mendengar nama Azmin, begitu juga sebaliknya. Akan banyak masa dibuang untuk kerja-kerja politik nanti. Namun percayalah, tidak akan ada pemenang selagi mana individu tertentu akan menang bertempur dengan Azmin. Ini kerana menentang Azmin bermakna menentang AnWAR.

Azmin tidak pernah berhadapan dengan musuhnya secara 'jantan'. Beliau adalah 'betina' kerana sering berselindung 'dibawah' AnWAR. AnWAR sentiasa ada 'diatas' melindungi orang kesayangannya. Ini yang perlu disedari penyokong PKR termasuklah Khalid Ibrahim. Penyokong Khalid juga perlu segera membuka mata!

Saya percaya AnWAR mahu keadaan ini berlaku segera. Sumber terdekat juga memaklumkan Azmin telah memberitahu penyokong dan keluarganya beliau sudah bersedia mengambil alih jawatan MB dari TS Khalid selepas hariraya Aidil Fitri nanti. Konon beliau tidak berapa mahu tetapi AnWAR yang bersungguh-sungguh mahukannya kerana tidak berpuashati dengan prestasi Khalid menerajui Selangor.....

Sama-sama kita tunggu episod seterusnya. Berita ini diperolehi dari teman PKR yang tidak cenderung kepada Azmin.

Dipetik dari X-Pkr.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails