Dalam kes kelantan negeri maju di bawah pemerintahan PAS. Aku yang dah 28 tahun tinggal di kelantan ni rasa nak tergelak pun ada. Seorang rakan dari Pahang berkata. Orang kelantan sangat maju. Rumah di kelantan besar2 tiada sebiji pun rumah besar di pahang. Sukar untuk menerangkan kebenaran kepada kawan saya ini kerana dia hanya baca akhbar harakah.
Tolonglah! rumah di kelantan besar bukannya bantuan nik aziz tapi hasil titik peluh rakyat yang bekerja dengan kerajaan pusat seperti guru, kerani dan sebagainya yang berupaya membuat pinjaman perumahan kerajaan pusat lalu mampu membina rumah banglo yang besar termasuklah rumah ayah aku yang merupakan seorang askar pencen.
Orang pahang tak mampu buat rumah besar bukan sebab kerajaan tak bantu tapi menurut kajian aku kebanyakan orang pahang terdiri daripada golongan peneroka felda yang dulunya merupakan orang miskin termasuk datuk aku yang turut mendapat bantuan kerajaan pusat lalu diberi bantuan tanah, rumah, pekerjaan dan sebagainya. mereka ini terdiri daripada golongan miskin dari negeri kelantan, kedah, selangor, perak, pahang dan lain-lain lagi.
Oleh kerana pahang negeri yang luas maka tanah felda ini sekarang amatlah maju dengan hasil sawit dan getah. Orang-orang yang dahulunya miskin kini mampu membeli atau membuat rumah mungkin tidak sebesar rumah di kelantan tapi cukup untuk menampung tempat tinggal mereka dan keluarga mereka. Bagi yang tidak mampu tinggallah di rumah felda hasil bantuan kerajaan pusat. Kalau nak rumah besar so please kerja keras lah sikit macam orang kelantan yang hidup di negeri mundur tapi berusaha keras untuk membina rumah besar hasil titik peluh sendiri.
sebab mundurlah negeri kelantan ramai rakyat kelantan diberi peluang oleh kerajaan pusat UMNO melanjutkan pelajaran ke IPTA. Ramai yang keluar menjadi guru kemudian balik ke Kelantan dengan gaji yang besar. Tapi majoriti mereka tetap sokong pas kerana menjadi tradisi keluarga sebab ibu bapa mereka orang pas. Bagi mereka pas itu wajid disokong bukan sunat untuk dapatkan pahala kerana ia parti berimejkan islam. Jadi janganlah UMNO nak menagihkan sokongan dari majoriti rakyat kelantan. Apa mereka susah kerajaan pusat akan memberi lebih perhatian kepada rakyat kelantan kerana mereka susah. Kerajaan negeri cuma memainkan peranan menyebarkan dakwah agama yang diselang-selikan fitnah dan tomahan terhadap UMNO pusat supaya menimbulkan kebencian rakyat kepada UMNO pusat.
ReplyDeletesokong anonymous kt atas nie
ReplyDelete