Sekalung tahniah dan syabas kepada blogger-blogger yang berjaya menduduki tangga-tangga teratas ranking blog seperti yang dipamerkan di Perak today. Perjuangan blogger-blogger telah menunjukkan hasil dan insyaalllah akan berjaya diterjemahkan pada pilihanraya akan datang. Kemerosotan blog-blog pembangkang adalah kerana mereka tidak berjaya menangkis serangan blogger pro kerajaan dengan jawapan yang tepat dan berfakta.
Kebanyakan blog anti kerajaan akan cuba mengubah isu dan tidak menjawab dengan tepat seperti yang diinginkan oleh pembaca-pembaca blog. Pembaca blog yang terdiri daripada golongan eksekutif dan golongan muda yang bijak sedang memerhatikan apa yang dibawa oleh bloger-blogger samaada pro kerajaan atau pro pembangkang. Jawapan yang ala kadar, menukar isu, dan menfitnah sudah ditolak dan akan terus ditolak oleh pembaca.
Walaupun penulis belum berjaya menduduki carta tersebut tetapi amat gembira dengan kemenangan blogger-blogger pro kerajaan ini. Semoga pada masa akan datang blog ini juga dapat mendaki carta tertinggi. Teruskan berjuang.Klik sini untuk ranking blogger
No comments:
Post a Comment