Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, July 8, 2010

Perak: Keputusan Nizar Jamaludin letak jawatan Tepat

Keputusan Dato Seri Nizar Jamaludin melepaskan jawatan selaku Pengerusi persatuan bola sepak perak PAFA pada bulan lepas amat tepat. Ini dapat dibuktikan oleh pasukan bola sepak perak apabila mencapai kemenang pertama selepas 3 kekalahan berturut-turut dalam pertandingan bola sepak Liga Super. Kemenangan tersebut diperolehi setelah mereka menewaskan pasukan selangor yang sebelum ini telah memenangi 11 perlawanan berturut-turut pada hari ahad lepas.

Ironinya pasukan yang mereka tewaskan itu merupakan pasukan selangor yang mana kepimpinan politik negeri mereka sedang bergolak ketika ini apabila terdapat sedikit perebutan kuasa selaku menteri besar. Adakah pergolakan politik tersebut turut mempengaruhi keputusan pasukan bola sepak selangor. Jika benar maka sorakan penyokong pasukan selangor mungkin akan tenggelam selepas ini dalam mengharungi liga super yang semakin tenggelam oleh kehebatan piala dunia yang sedang berlangsung ketika ini.

Jaringan tunggal Mohd Nazri Kamal pada minit ke-52 sudah cukup untuk membuatkan skuad bimbingan K Devan tersentak sebelum berdepan pula laluan sukar menentang kelantan sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails