Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, July 11, 2010

PAS persoal tindakan Anwar

saya desak dia nyatakan pendirian berhubung laporan Washington Post itu," tegas Datuk Harun Taib (kiri).

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas lanjut berhubung berita mStar Online yang berjudul 'Isu Israel: Ketua Dewan Ulama PAS Minta Anwar Nyatakan Pendirian'.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa beliau enggan memberi lebih banyak komentar berhubung laporan akhbar antarabangsa itu sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan mStar, Ariffuddin Ishak.

Sebelumnya mStar Online melaporkan, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pendirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.
"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar  itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi. Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis,"

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails